Kalaulah kamu tahu...



Kalaulah kamu tahu.
Betapa nafas ni tak beerti tanpa kamu.
Betapa jiwa lebih layu tiadamu.
Betapa aku sangat sendu hilangmu.

Kalaulah kamu tahu.
Keputusanku bukan semata untuk aku.
Bukan semata fikir aku.
Tapi semua fikir tentang kamu.

Kalaulah kamu tahu.
Kalaulah kamu tahu.
Yang aku cuma berharap ayat
'Tak pe, kita harung samaSama'
Dan bukanlah ayat bahasa yang panjang lebar.
Bukan ayat penerangan kerna aku takkan faham.

Kerna yang aku tahu.
Aku mahu peluk kamu dari beribu batu.
Aku mahu hangat ayatmu.
Mahu enakkan jiwaku.

Kalaulah kamu tahu.
Bukan mudah untuk aku berlalu.
Kalaulah kamu tahu.
Kalaulah kamu tahu.
Yang laguLaguku takkan seindah dulu.
Tanpa kamu.


*Dalam hati aku, tetap ada kamu, tak pernah terbuang sikit pun.