Tertakdir untuk sendiri...

Aku punya keluarga.
Tapi masih rasa sendiri.
Aku punya teman.
Juga aku rasa di biar tepi.
Aku selalu ketawa di luaran.
Tapi masih dalamku rasa tak terisi.
Pendek kata,
Aku tertakdir di biar sepi.
Patutlah lagu 'kosong-najwaLatif',
rasa dekat benar dengan nadi.
Rasa kena benar dengan jiwa yang hampir mati.
"Segala kata cacian,
yang telah engkau berikan,
membuatku rasa kosong..kosongg"
Entah.
Aku sedih pun tak ada peduli.
Aku sayu pun tak ada yang dekati.
Hurm.
Sabar je la hati.
Tapi sampai bila kesabaran ini aku mampu miliki?
LambatLaun aku mungkin jadi gila.
Sebab terlalu simpan banyak perkara.
Terlalu aku dera jiwa untuk berahsia.
Entahlah.
Diam sahaja.
Dah tertakdir untuk nian sepi.
Terima saja rencana DIA. :)


*Mahu bawa hati pergi terbang tinggi. :(