peralihan malam ke pagi



kamu

.menung

ya
kamu



Ogos 2, 2013
atas katil ungu

sudut dewan media


kepala dan jiwaku merewang;
--jauh

tak ada di sini
tak ada hati

mata terpaku pada layar
tapi hatiku berlari;
--laju dan tak berhenti

entah sampai bila
entah hingga hujung mana
aku serahkan saja padanya
kemana saja ia suka

.menung

dan jasad aku;
--masih kaku di kuliah media
sementara jiwa
masih mengejar;
--entah apa


Julai 17, 2013
sudut dewan media
meja paling depan

Hadam


telah habis ku hadam cela
tak juga ku jumpa;
apa mahu manusia

telah habis ku telan raksa;
--nista
masih juga aku bingung;
--melengung
apa mahu mereka

pada aku;
--yang tak punya apa



Julai 29, 2013
barisan tengah;
dewan kuliah.

Nama pun pendapat...


Jika di minta pendapat,
Tiada istilah betul atau salah padanya.
Yang ada hanya sesuai,
Atau yang kurang sesuai,
Pada masa dan keadaan.
;itu saja.

Maka, pada yang meminta pendapat,
Jika rasa kurang sesuai; abaikan.
Tak perlu kau amuk,
Dan khabar pada dunia dia salah.

Nama pun pendapat.
Itu hanya apa dia rasa.
Kau tak berhak mahu butaButa adili dia.

Kalau kau tak mahu dapat pendapat,
Maka kau tanya saja pendapat pada muka kau,
Tanya dan jawab sendiri.
Kalau tak puas hati,
Maki muka sendiri ; babi.

Manusia benci kau...


Kenapa di dunia ni wujud manusia,
yang tak puas hati dengan kau?
Suka keji kau,
Suka cari pasal dengan kau,
Suka cari salah kau walaupun kau dah sehabis baik dengan dia?
Kenapa?

Sebab dia tahu,
Dia sedar,
Dan dia nampak,
Yang kau berkaliKali lagi bagus dari dia,
BerkaliKali lagi hebat dari dia.

Jadi,
Dia rasa tergugat.
Sebelum kau tambat hati orang lain,
Dia akan sedaya buat orang benci dengan kau,
Dia akan sedaya perlekehkan kau.
Sebab dia tahu nanti,
Orang lain tak nampak dia,
Kalau dia tak buat sesuatu.

Dunia. Manusia.
Itu perkara biasa.
Walau sekali kau kawan dia,
Dia tak kira.
Asal dia satu tangga lagi atas dari kau.

Dia nak nama.
Dia nak perhatian.
Kesian.
Manusia kurang belaian.