Bagilah...

Kalaulah bisa kau carik-robek.
Bahagian dada.
Pasti kau dapat lihat.
Darahku mengalir tak seperti biasa.
Darahku merembes tak tentu hala.

Dari merah ke biru.
Dari biru ke kelabu.

Kalaulah kau bisa tetak-retak.
Selam dalam.
Hati yang hitam gelap.
Pasti kau dapat agak.
Suasana gelap pekat.
Menyelubung seluruh urat.

Penuh.
Sarat.
Berat.!

Ahh!
Sumpah aku tak larat.

Aku mahu rehat.
Darahku, hatiku dah penat.
Bagilah darah ku kembali merah pekat.
Bagilah hati aku terjahit rapat.
Tolonglah.



*Sedang tenat.