Sempurna...







innocent-baby-boy-sleeping.jpg Colin Richard


Manusia tak sempurna.
Kalau sempurna,
Allah tak cipta dosa pahala,
Allah tak buat syurga neraka.
Semua orang ada salah,
Semua orang punya kebarangkalian untuk buat perkara baik atau jahat.
Tapi, manusia hanya manusia.
KadangKadang kita terlalu takut untuk lakukan kesalahan,
Dan perasaan takut itu yang membuat kita terdorong lebih untuk melakukan perkara yang salah.
Contoh,
Orang yang takut kena marah,
akan cuba menipu supaya tak kena marah.
Tipu juga satu kesalahan, kan?
Tapi sebab perasaan takut menghadapi kemarahan seseorang itu lebih tinggi,
Maka, dia ambil keputusan untuk menipu demi kebaikan dia.
Tak jujur?
Memanglah.
Berdosa untuk tak jujur pada orang.
TambahTambah pada mereka yang kita sayang.
Tapi, kadangKadang, kita berbohong sebab tak mahu dia risau.
Tak mahu dia rasa terbeban.
Tapi, salah tetap salah.
Apa pun yang kita lakukan,
Minta maaf adalah jalan terbaik.
Dan sentiasalah membahagiakan orangOrang yang kita sayang.
Selagi kita dan mereka masih punya detik waktu.


*KadangKadang kita cuba jaga hati mereka, tapi mereka tak cuba untuk jaga hati kita.