24Bulan=731Hari








24Bulan.
Kamulah kawan.
Kamulah lawan.
Yang buat jiwa tak keruan.
Yang buat hati sawan.

731Hari.
Kamu masih di sisi.
Teguh temani.
Tekad berdiri.
Tega menanti.
Aku hargai.

Setiap masa kita ada.
Aku bahagia.
Setiap detik kita lalui.
Aku suka.

Mahu saja siang tanpa malam.
Atau malam tanpa siang.
Ada kamu hari terasa bermakna.
Ada kamu jiwa terasa selesa.
Mahu kamu ada sentiasa.

Mahu ufuk aurora jingga sentiasa berwarna.
Kerna ia seindah senyuman pada rona wajahnya.
Kerna ia setenang redup matanya.
Sungguh!
Aku manusia paling bahagia.

Kamu.
Aku mungkin bukan yang terindah pernah ada.
Mungkin juga tak semesra yang kamu damba.
Juga tak sebaik yang kamu sangka.

Tapi.
Aku yang pertama akan ada untuk kamu.
Aku yang pertama akan menjadi telinga setia.
Aku yang pertama akan cuba buat kamu ketawa.
Aku yang pertama.
Walau bukan yang terakhir.
Aku harap aku bisa jadi yang pertama.
Yang mampu beri kamu jiwa.
Beri kamu rasa.
Seperti apa aku rasa.
Bahagia.

Terima kasih cinta.
Untuk 24Bulan=731Hari bersama.
Hari yang setiapnya adalah hari kita <3


#Maaf. Tak tersedia apaApa untuk ulangtahun kita. Saya miskin lagi tak berharta. Tak mampu beri benda dan material. Hanya mampu beri cinta selagi terdaya. Selamat Ulangtahun ke 24Bulan, Bintang <3