Dia...






Dia.
Mulia.
Satu ungkap itu mampu aku jana.
Mulia.
Mulia kerna sepenuh jiwanya.
Ikhlas memberi rasa.
Tanpa harap aku apaApa.

Dia.
Dulu pernah aku siaSia.
Tak semena.
Ku buang begitu saja.
Ku biar jiwanya berdarah tak terubat.
Ku biar saja.

Kejam.
Itu aku.

Kini.
Aku kembali dalam hidup dia.
Berjanji untuk ubati.
Luka parah yang ku toreh dulu.

Dia.
Terima aku dengan rela.
Terima aku seadanya.
Walau kadang aku lekaLeka.
Peduli dia.
Peduli jiwanya.

Dia.
Masih mahu jaga aku.
Katanya tak apa dengan yang lain.
Asal aku masih cinta dia.
Dia rela.

Aku sememangnya tak mahu yang lain.
Aku tak rela yang lain dalam jiwa.
Meski ada yang lain aku suka.
Aku hanya mahu dia.
Dia.
Sahaja.



2.39 am
30 Disember 2011
21 Bulan <3
Melagu Puisi ini untuk Dia <3