Showing posts with label HidupLensa. Show all posts
Showing posts with label HidupLensa. Show all posts

24Bulan=731Hari








24Bulan.
Kamulah kawan.
Kamulah lawan.
Yang buat jiwa tak keruan.
Yang buat hati sawan.

731Hari.
Kamu masih di sisi.
Teguh temani.
Tekad berdiri.
Tega menanti.
Aku hargai.

Setiap masa kita ada.
Aku bahagia.
Setiap detik kita lalui.
Aku suka.

Mahu saja siang tanpa malam.
Atau malam tanpa siang.
Ada kamu hari terasa bermakna.
Ada kamu jiwa terasa selesa.
Mahu kamu ada sentiasa.

Mahu ufuk aurora jingga sentiasa berwarna.
Kerna ia seindah senyuman pada rona wajahnya.
Kerna ia setenang redup matanya.
Sungguh!
Aku manusia paling bahagia.

Kamu.
Aku mungkin bukan yang terindah pernah ada.
Mungkin juga tak semesra yang kamu damba.
Juga tak sebaik yang kamu sangka.

Tapi.
Aku yang pertama akan ada untuk kamu.
Aku yang pertama akan menjadi telinga setia.
Aku yang pertama akan cuba buat kamu ketawa.
Aku yang pertama.
Walau bukan yang terakhir.
Aku harap aku bisa jadi yang pertama.
Yang mampu beri kamu jiwa.
Beri kamu rasa.
Seperti apa aku rasa.
Bahagia.

Terima kasih cinta.
Untuk 24Bulan=731Hari bersama.
Hari yang setiapnya adalah hari kita <3


#Maaf. Tak tersedia apaApa untuk ulangtahun kita. Saya miskin lagi tak berharta. Tak mampu beri benda dan material. Hanya mampu beri cinta selagi terdaya. Selamat Ulangtahun ke 24Bulan, Bintang <3

Sempurna...







innocent-baby-boy-sleeping.jpg Colin Richard


Manusia tak sempurna.
Kalau sempurna,
Allah tak cipta dosa pahala,
Allah tak buat syurga neraka.
Semua orang ada salah,
Semua orang punya kebarangkalian untuk buat perkara baik atau jahat.
Tapi, manusia hanya manusia.
KadangKadang kita terlalu takut untuk lakukan kesalahan,
Dan perasaan takut itu yang membuat kita terdorong lebih untuk melakukan perkara yang salah.
Contoh,
Orang yang takut kena marah,
akan cuba menipu supaya tak kena marah.
Tipu juga satu kesalahan, kan?
Tapi sebab perasaan takut menghadapi kemarahan seseorang itu lebih tinggi,
Maka, dia ambil keputusan untuk menipu demi kebaikan dia.
Tak jujur?
Memanglah.
Berdosa untuk tak jujur pada orang.
TambahTambah pada mereka yang kita sayang.
Tapi, kadangKadang, kita berbohong sebab tak mahu dia risau.
Tak mahu dia rasa terbeban.
Tapi, salah tetap salah.
Apa pun yang kita lakukan,
Minta maaf adalah jalan terbaik.
Dan sentiasalah membahagiakan orangOrang yang kita sayang.
Selagi kita dan mereka masih punya detik waktu.


*KadangKadang kita cuba jaga hati mereka, tapi mereka tak cuba untuk jaga hati kita.

Antara kamu dan Tuhan...



Wahai hati,
Hanya kamu tahu apa jadi,
antara kamu dan Tuhan.
Hanya kamu faham,
Hanya kamu betah,
apa Dia beri jamah.
Manusia boleh campak diksi dan frasa ikut suka.
Tapi mereka lupa,
Allah yang beri kamu lemas,
dalam timbunan ujian yang takkan terlepaskan oleh kamu, wahai jiwa.
Mereka, dia, di situ, di sana.
Yang miskin, yang kaya, yang kemas, yang selekeh,
Yang hina, yang bernama,
Mereka dan mereka,
Takkan pernah rasa apa kamu tingkah.
Kamu, satu roh di selimuti jasad tak bernyawa.
Kaku, kelu, sayu.
Biar mereka lempar hujah nista.
Biar mereka ludah ikut rasa.
Benar.
Tak salah apa pada penyusunan bahasa.
Tak ada cela di manaMana.
Tak cacat apa pada lughah dan nada.
Yang busuknya pada apa mereka keji tanpa cuba menjamah sekali.
Pada apa mereka jurikan di permukaan, bukan di dasar kali.
Biarlah hati.
Senyumlah.
Hanya kamu tahu apa jadi,
antara kamu dan Tuhan.

duaRatus yang Lumayan...






Alhamdulillah. Baucer RM200 tu aku dah gunakan sebaik mungkin.
Seimbang ilmiah, rohaniah dan 'ketawaniah'(haha! okke, itu diksi aku sendiri. Tiada dalam Kamuih Dewan Dan Pustakaq)

Jadi, inilah antara bukuBuku dan barangBarang yang aku beli :




Benda pertama yang aku terjah dan cari semestinya adalah komik. Aku sempat rembat Lawak Kampus Revive (Maka completelah sedozen koleksi LK aku! jyeahh!) , Faces, Showtime!, Semarak Bebunga Cinta Rokka-Chan (Cite ni seyes best!!) dan Ice-Cream Baby. Semua komik tu aku tak menyesal beli. MasingMasing aku boleh layan.

-----------



Benda kedua aku cari adalah buku hasil karya Zahiril Adzim pelakon drama bersiri Juvana yang tajuknya mampu mengundang kontroversi iaitu Bogel Menuju Tuhan. Aku bawa buku ni untuk bacaan dalam DECTAR, UKM tadi. Boleh ada yang terkejut, 'Eh, kenapa tajuk dia camni nie? Teruknya.' Terpaksalah aku ulas dengan puitisnya. Pergh! haha.

-----------


Kemudian, aku sempat rembat dua novel. Satu hasil karya novelist alam maya yakni Hlovate bertajuk Contengan Jalanan dan juga sebuah novel berbentuk islamik hasil garapan Taufiqurrahman Al-Azizy bertajuk Kidung Selawat Zaki & Zulfa. Aku baca sinopsis novel ni, hebat! Terus aku capai sebab biasanya aku tak gemar pada novel cinta meleleh. Dusta! haha!

-----------


Nah! Ini buku paling aku suka. Baca tajuknya sekilas, terus aku rampas ke dalam raga. 
Cara Terindah Untuk Mati. Aku tahu aku perlukan ia untuk pengisian jiwa yang kosong, maka aku beli. :)

-----------


Dan akhir sekali, aku beli bendaBenda untuk mainMain (hehe). Notebook, watercolour Buncho, whiteboard (tade gambar) dan pen warnaWarni. :p


Yeah! Habis RM200. Aku guna semaksima dan sehabis baik baucer tu. KanKanKan? HAHA! XD


*Perghh! 2 jam setengah jugaklah aku nak menghabiskan duaRatus tu!

Another semester...




Another semester to be through...



















*Sigh*

Nothing can be describe.
Just, through it! HAHA. Insane!

Rindu...







Rindu?
Diksi apa itu?
Frasa dari mana?
Ia dari jiwa.
Perasaan terpendam bila kita mahukan seseorang.
Bila kita mahu jasadnya depan mata.
Bila kita mahu suaranya di telinga.
Bila kita mahu rohani di dada.

Ada apa dengan rindu?
Rindu mampu membunuh setiap rasa.
Trust me!
Bila kita rindukan seseorang, 
Kita mampu berlapar sepanjang hari sedangkan pada bulan puasa, kita rasa nak mati.
Bila kita rindu seseorang,
Kita mampu untuk tak mandi berhariHari,
menangis tak henti dan ada yang sampai sanggup bunuh diri (Dont do this!! I mean it!)

Rindu mampu di ubati.
Meski tak terubat seperti selepas berjumpa,
SekurangKurangnya ia mampu melegakan sesak jiwa.

Kalau rindu, sila buat ini :
1. Tengok gambarGambar dia.
2. Dengar balik rakaman suaraSuara dia.
3. Call, sms la, apa lagi! Kan zaman IT ni.
4. Facebook pun boleh juga.
5. Skype lagilah membantu.
6. Kalau tak tahan sangat, ajaklah jumpa. :p

Tapi ingat, rindu itu bukan hanya pada kekasih.
Rindu itu intisyar.
Meluas.
MakAyah, keluarga, kawanKawan jauh.
Kita boleh rindu.
Tapi biasanya, yang merindu tonggengTonggeng ni bila rindukan kekasih. hee :p
Apapun, rindu itu perasaan yang wajib ada.
Perasaan yang tak mampu di rembat guna kayu besbol.

Buatlah apa pun untuk mengelak rindu, pasti tak akan berjaya.
Makin berlari, makin ia mengejar.
Percayalah! ;)


*Nway, imysm QA. Really miss you!

Albert Einstein...




Ku cipta bahagia sendiri...








Agak lama sudah aku terhenti memuntah isi jiwa. Menyepi. Bawa hati. Itu frasa yang paling jitu untuk aku wakilkan. Mengapa agaknya? Tentang cinta? Entahlah. Tentang hidup dunia? Juga bukan suatu kepastian. Yang pasti, aku lebih tenang dari dulunya berhimpit dalam lingkungan atma yang beku. Sendu.

Sepi.

Itu tak pernah lari dari diri. Tapi, setelah menelaah beberapa rentetan madah minda, aku sedar yang aku mampu cipta kebahagiaan dalam kotak sepi aku sendiri. Bisa! Aku yakin amat setelah aku telah dalamDalam.

Sedangkan 'Spongebob' mampu berimaginasi dan berfantasi tentang hidup yang ceria meskipun hanya dengan menggunakan kotak, mengapa tidak aku?

Hidup tak selalu sendunya pilu. 
Hidup tak sentiasa lagunya sayu.
Aku tak punya apa, sekarang.
Tak bermakna masa depan aku juga gersang.

'Kun fayakun' kataNYA.
Kalau DIA mengkehendaki aku terlahir menjadi manusia hebat setelah bertimpaTimpa batuan dugaan, maka, tak ada apa yang perlu aku risaukan. Yang utama, aku perlu lebih usaha demi kebahagiaan sendiri. Melangsaikan segala hutang yang hampir 'membunuh' aku, belajar sedaya asa dan cipta kebahagiaan dalam kemurungan.

Yeay!
Terima Kasih SiJiwa, sentiasa tak putus memaut erat setiap elus jari aku dan meniup roh semangat yang mengatakan "Kamu kuat! Kamu kuat! Saya yakin dengan kamu!". Keyakinan kamu membina gunungan kekuatan dalam nadi yang mengalir. Terima kasih untuk kali ke 720 juta.ilysm.

*SiDia kata aku lebih matang setelah 20. Ya kah? Aku pun ada terperasan begitu :p

Sendiri...





AMARAN:
Kepada yang jelik nak baca blog 'bodoh' aku, aku tak kisah. Nak baca, baca. 
Taknak, silakan cucuk mata dengan garfu. Trimas.


Dalam kotakKotak jiwa yang aku miliki, aku susun satu persatu. Sayu. Luarannya besar, di pikul, ringan amat. Tak terisi apa. Mengaduh. Penat aku berlari mengejar ia, pernah juga aku terluka menongkahnya. Tapi sayang, satu pun tak terjumpa. Jatuh? Pernah berdarah terseret, bahkan luka parah. Tak juga aku miliki apa yang aku impi. Senyap. Sunyi.

Embun pagi sangat mempersenda aku. Dia, dalam kedamaiannya, hinggap pada dakapan hangat si rerumput halus. Menjalar, buat tenang sukma. Sedang aku, mendap, sendu, di sisi katil ungu. Tiap malam aku berharap sesuatu, tak pernah putus aku begitu. Tiap detik kesunyian ini tiba, aku tahu aku tak punya sesiapa, untuk aku pinjam bahunya sesaat dua. Layu. Dengan titis air mata tertumpu di bantal itu. Kamu, hanya kamu menyimpan detik pilu duka aku. Entah berapa banyak, wahai si bantal, kau mengendong beban air mata aku yang tertumpah sayu?

Aku memang tertakdir untuk sendiri. 20 ini, permulaannya hebat sekali. Ujian dia hebat amat, buat jiwa aku lebih kuat, untuk hadapi hidup ini, sendiri. Saatnya untuk aku berhenti menagihNagih lagi cinta dan kasih sayang umpama anjing kurap menagih setangguk air. Detiknya untuk aku sendiri. Bak kata orang, "Lahir sendiri, mati juga sendiri, takkan hidup tak bisa sendiri?". 

Memang takdirnya begitu.
Sendiri.

Kalau satu saat nampak aku tersenyum sendiri, bercakap sendiri, sila jangan tegur. Mungkin ketika itu, aku bukan lagi aku. :)




Aku Kagum Dengan Jiwa dari DIA...





KadangKadang,
Tak semua perkara kita berhak untuk menang.
Ada ketika,
Kita kena belajar untuk menerima.
Ada kala,
Kita kena bersedia untuk rendahkan jiwa.

Keadaan itu ada.
Bahkan selalu menerpa.
Di saat kita terinjak untuk menerima dan melupa.
Atau menerima dan mematahkan segala.

Aku manusia.
Harus aku juga miliki perasaan yang sama.
Seperti yang lainnya.
Cemburu.Sakit hati.
Cinta. Dengki. 
Dan segala macam lagi tercipta dalam benak hati.

Tapi.
Satu aku kagum dengan jiwa 'pinjaman' yang aku miliki.
Aku selalu dapat menerima segala perit.
Bahkan aku dapat simpan rapatRapat.
Sedih bungkam aku dapat telan kelatKelat.
KoyakRabak juga aku masih mampu senyum nikmat.
Masih mampu ucap tak mengapa pada jiwa.

Hebat kan jiwa aku?
Aku bukan memuji diri.
Tapi memuji kehebatan Ilahi.
Betapa DIA tak pernah sekali meninggalkan kesayanganNYA.
Walau dalam keadaan apa sekalipun.

Yang terbaca.
Yang terlihat.
Jiwa aku punya.
Bukan Dia beri pinjam bersahaja.
Dia perkukuh dengan ujian segala.
Dia perkuat dengan dugaan dunia.
Dan aku terima.
Kerna itu rencana Dia. :)


*Selamat jadi manusia kuat. Allah beri ujian bukan buat kita lemah, tapi untuk buat kita jadi manusia yang hebat. <3

Exam TIME!







Yeahh!
Its the TIME!
EXAM TIME!

4 Januari 2012 : Pembangunan Diri

6 Januari 2012 : Statistics and Probability

10 Januari 2012 : Introduction to Information Technology

13 Januari 2012 : Programming C++

16 Januari 2012 : Mathematics



Menggeletar jiwa.
Bergegar minda.
Nak menghadapi perang pertama.

Doakan aku.
TemanTeman, KawanKawan.

Kuatkan aku.
Luaskan mindaku.
Tuluskan leluhurku.
Moga segalanya teratur,
Ikut rencanaMU.
Amin.


*OHOHO...Seram boh!! Seram...!

Goodbye 2011, HEY 2012!







SAYONARA 2011 :')

Angka yang penuh dengan kenangan.
Penuh luka.
Penuh suka.
Penuh emosi.
Penuh segala cerita.

Memang.
2011 banyak beri aku memori.
Peralihan dari Matrik ke Universiti.
Yang beri aku persahabatan.
Dan kekuatan.
Juga berlaku di 2011.

Nombor itu timbul dengan cerita.
Tenggelam ia juga dengan cereka.
Banyak cerita ia telan.
Berjuta kisah ia simpan.

Mungkin aku akan sangat rindu kamu :'(
2011.
Sangat merindu apa yang terlakar padamu.
Apa yang terukir atas kamu.

Tapi,
Hey!

SELAMAT DATANG 2012!!

Mungkin 2012 akan beri sesuatu lebih baik.
Perhaps!
InsyaAllah.


Azam TAHUN BARU (konon ni)

#Nak jadi lebih baik (err...ni takut jd sebaliknya :p)
#Nak ubah diri jadi pelajar yang rajin!
#BELAJAR!BELAJAR!BELAJAR! (Moga kali ni tak tersasau jauh)
#Belajar terima diri dan orang lain seadanya.



Itu semua impian.
Itu semua anganAngan.
Yang penting niat dan usaha diri.
Jangan pandai berjanji.
Tapi sedikit pun tak terjadi.


Maka.
Hey 2012.


Be GOOD YEAR okke?
Hope there will be something AWESOME waiting for me in
(: 2012 :)











*NewyearNewyear juga, jangan lupa study kepada pelajar U, exam weyh! haha 
(Sorry spoil mood :p)

Dia...






Dia.
Mulia.
Satu ungkap itu mampu aku jana.
Mulia.
Mulia kerna sepenuh jiwanya.
Ikhlas memberi rasa.
Tanpa harap aku apaApa.

Dia.
Dulu pernah aku siaSia.
Tak semena.
Ku buang begitu saja.
Ku biar jiwanya berdarah tak terubat.
Ku biar saja.

Kejam.
Itu aku.

Kini.
Aku kembali dalam hidup dia.
Berjanji untuk ubati.
Luka parah yang ku toreh dulu.

Dia.
Terima aku dengan rela.
Terima aku seadanya.
Walau kadang aku lekaLeka.
Peduli dia.
Peduli jiwanya.

Dia.
Masih mahu jaga aku.
Katanya tak apa dengan yang lain.
Asal aku masih cinta dia.
Dia rela.

Aku sememangnya tak mahu yang lain.
Aku tak rela yang lain dalam jiwa.
Meski ada yang lain aku suka.
Aku hanya mahu dia.
Dia.
Sahaja.



2.39 am
30 Disember 2011
21 Bulan <3
Melagu Puisi ini untuk Dia <3 

Yang Tertinggal Hanya Aku...





AKU.
AKU.
AKU.
AKU.
AKU.


Hitunglah banyak mana.
Kiralah guna apa.
Yang tertinggal.
Hanya aku.
Hanya
Aku.

Hanya Mampu Pandang...





Tadi aku ke hospital.
Sementara melangu, aku lihat sekeliling.
Ramai manusia sakit.
Aku simpati.
Sebab sakit aku mungkin tak seteruk mereka.
Tapi, bukan itu main point aku.

Yang aku terpana, pada keindahan rasa hormat seorang kanakKanak.
Sekali melintasiku, sekali dia merendah jiwa.
Ku fikir tak sengaja.
Buat kali kedua dan seterusnya, begitu juga.

Sentak.

Ini! Ini! 
Ini yang dah hilang dalam jiwa remaja.
Hormat.
Rendah hati pada yang lebih wajar.

Pelik.

Remaja sekarang, jalannya mendada.
Dalam bas atau komuter, orang tua di biar saja.
Terketar. TersasarSasar.
Terlanggar, tersiku, bukan maaf, malah maki hina keluar nista.
Aku cukup marah anak muda jiwa celaka!
Tak meletak jiwa pada keadaan mereka.

SedutNafasDalamDalam.

KanakKanak semuda itu sudah tahu erti menghormat dewasa.
Entah siapa ibunya.
Entah siapa bapanya.
Indah.

Entah bagaimana dewasanya.
Ku harap terusan dia di ajar agama lebih lagi.
Walau siapa dia.
Ku doa dialah penyebar agama Allah yang bertambah.
InsyaAllah :)


*Aku tak baik mana. SekurangKurangnya aku cuba hormat mereka yang seperti ibubapa.

Jangan Meminta...







Terluka, sakit,
Melukakan juga, sakit,
Di lukakan juga, sakit.

Jadi di mana rasanya bahagia,
Bila saling menyimpan amarah,
Hingga mahu bersantau segala,
Asal bisa membalas sakit di dada?

Andai kamu si manusia yang terluka,
GaraGara tersalah memilih rasa,
Pastinya kamu terseksa juga,
Biarpun hanya tersalah duga,
Dia masih seseorang yang pernah membaja bahagia,
Yang pernah memahat senyum mesra.
Yang membuat kamu ketawa satu ketika.

Untuk apa membuat dia terluka,
Semata mahu dia merasa apa yang jiwa seksa?
Semata mahu dia derita?

Buanglah,
Buanglah rasa cinta yang kau punya,
Lumatlah,
Biar berkecai segala perasaan yang kau ada,
Sesungguhnya kau tak layak bercinta!
Kau tak layak memberi cinta,
Apatah lagi memintaMinta.

Cinta itu untuk memberi,
Meminta kembali jangan pernah terfikirkannya,
Meski secarik, Meski seperca,
Biarlah tak di bagi semula,
Biarlah tak termiliki kembali,
Biarlah di campak ke lembah perigi,
Di pandang sebelah mata apatah lagi.

Apa yang bisa memberi bahagia,
Bila kamu bisa membuat dia ketawa di luar sedarnya,
Membuat dia tersenyum tanpa paksa,
Membuat dia selesa apa adanya,
Membuat jiwanya berbunga tiap masa.

Itu wajar kamu banggakan,
Dari memiliki dia dengan jurai air mata,
Dengan curi jiwanya tanpa rela,
Dengan seksanya membabi buta.

Manusia itu halus hatinya ,
Sehalus helaian rambut tika di TitianNya,
Jiwanya mudah terusikkan,
Oleh perkaraPerkara yang memcipta bahagia.

Maka,
Takluki jiwanya dengan sabar,
Sayangi dirinya dengan redha,
Jujur padanya tanpa paksa,
Kerna kamu, dia suka,
Apa adanya <3



*Jangan memaksa bila hati tak rela.

Sayangnya, ia BUKAN Milik Kita...









Manusia kadangKadang tahu,
Mereka sedang membunga kasih, cinta,
Pada jiwa yang tak pernah sedetik memikir mereka,
Pada hati yang tak pernah terusik mencintai mereka...

Tapi kenapa,
Tak pernah ada satu hati pun mempersoal,
'Seumur hidup aku mengabdi cinta pada kamu,
Maka kamu juga harus memperlaku aku begitu,'

Dan mengapa di biar terlayu,
Di gugusan rosRos jiwa yang membiru,
Rasa cinta yang dulunya menggebu,
Pada bingkisan embun syahdu?

Jawab pasti,
Cinta itu bukan soalnya untuk dimiliki,
Kasih itu bukan garapnya untuk di berbagi,
Sayang itu bukan ertinya harus menerima kembali...

Sayang itu boleh jadi dua perkara,
Pertama memberi dan menerima,
Selebihnya hanya satu hati berbagi,
Yang lainnya berpaling pergi..

Jika itu mencakar rongga jiwa,
Bersabarlah buat seketika cuma,
Binalah ketegaran dalam kelemasan,
Carilah kekuatan di balik kesakitan...

Kerna hayat tidak selamanya ada di dunia,
Dan jiwa tak selamanya memiliki dia,
Kerna Allah merencana lebih dari yang kita rasa...






*Hanya mampu aku nasihati, jangan pernah buang rasa sayang di hati, kerna ia lebih memamah jiwa...
Tapi kawallah ia dengan mengolah rasa..insyaAllah, kamu bisa*

Aku dan Kenangan Kopi...







Ku sisip kemas secangkir kopi di sisi,
Ku rindu, sangat rindu,
Terbuai memori suatu saat itu,
Yang aku pada akarnya,
Tak mahu ia merayap lagi,
Di anganAngan kanvas berdebu...

Lemah, Bungkam, Resah,
Jiwa ini kau terjah,
Dengan ayat pujangga rasa membelai naluri,
Kau sapu lukaLuka yang pernah kau calari...

Tapi untuk apa menghadirkan jiwa,
Andai ianya bukan untuk menenangkan nadi yang timbul tenggelam?
Untuk apa menampakkan manisnya kata,
Andai ianya untuk mempersenda lagi dan lagi,
kotak hati yang aku rawat rapi sejak kau pergi?

Pergilah,
Mungkin kubur di ceruk jiwaku merindukan hadirmu,
Namun realitinya aku miliki sesuatu yang lebih berharga dari kamu,
Sesuatu yang tak mungkin terbelikan oleh jutaan malah gunungan emas dunia,
Yang mampu membuat aku menanam kamu lebih dasar...

Kau memori semalam,
Biarlah hadirmu tuk buatku senyum,
Namun hadirnya dia bisa buat aku lebih bahagia...

Dengan senyum sipi,
Ku sisip kembali sisa kopi,
Yang masih panas menemani,
Kamu bersama memori...

...


Aku taipTaip, aku 'backspace' balik...
Taip lagi, dan 'delete' lagi...

Aku mahu luah sesuatu...
Tapi tak terkeluar dari jiwa,
Tak termadah oleh kata...

Mungkin patut aku simpan..
Dalam ceruk nadi...
Meski berselirat hati...
Biarlah aku mati sendiri...




p/s : Aku tunggu Allah beri cahaya tu.

Terbungkam...

Assalamualaikum...

Berbulan lamanya aku meninggalkan daerah pem'blogger'an...
Mencari diri, idea terperuk mati, kesesakan jadual diri dan hati...
MacamMacam menduga untuk aku meneruskan langkah...

Seminggu lepas aku mencipta satu lagi sejarah baru dalam diari jiwa...
Meletak kesan tapak di muka bumi UKM...
Bahagia, sangat bahagia biar pada mula aku keluh kesah sendiri...
Berfikir negatif tak henti... Manusia! Memang itu dasar pemikiran kita...!

Kolej Aminuddin Baki berselirat permulaan kekuatan rohani aku...
Berjumpa, bersapa dengan beberapa jenis manusia, buat aku lebih kuat...
Lebih sabar dan lebih tahu...
Manusia itu berbeza! Sama sekali berbeza...
Bukan lagi seperti zaman sekolah tok nenek dulu...

Bertemu keegoaan yang lebih tinggi dari kita..
Buat kita kadangKadang terbungkam sendiri dalam ceruk nadi...

Berfikir sendiri kenapa?
Kenapa? dan terus kenapa?


Tapi itulah yg manusiaManusia sering bisikkan di corong telinga...
--Universiti berbeda dunia, berbeza situasinya...
Perlu lebih tabah, kalau tak, kita rebah...--
Aku pegang itu, dan aku yakin aku berhadapan dengan merekaMereka...
Yang berbedaBeda...

Doakan setiap langkah aku...
Setiap jihad aku memungut ilmu...
Sedarkan aku bila terlihat aku terkapaiKapai dalam mimpi...
MengigauNgigau tika sendiri...
Lorongkan aku ke Siratul Mustakim...
Tika terlihat lorongku bercalaru...

Akhir kalam...
Innallahma'ana abadan abadaa..