Pisang buah dua kali...

Ahh.
Persetan dengan perasaan.
Cakap senang.
Cuba kau?
Kau pun sama saja.

Adeh.
Aku rasa pisang dah berbuah dua kali ni.
Personaliti yang sama.
Gaya lebih kurang serupa.
Jatuh cinta pada pandang pertama.

Ini gila.
Aku mahu buang rasa ini.
Sebelum ia bernanah.
Bercambah jadi luka yang aku tak dapat ubat.

Parah woi.
Dulu, hampir dua tahun aku gila sendiri.
Dua tahun aku bina kekuatan untuk melupakan.

Kali ni,
Entah berapa lama pula aku perlu.
Untuk menghilang ingatan tentang dia.

Ahh.
Tolong lah.
Aku mahu hati aku diam .
Dan sunyi sendiri.
Tanpa cinta kamuKamu lagi.