Hadam...

Ah.
Dunia telah hadam aku.
Di himpit rusuk kiri bertemu ke kanan.
Retak belikat.

Pada saat ini.
Hanya keajaiban mampu ubah situasi.
Gila.
Sudah parah.

Eh.
Ada kejora hujung sana.
Samar. Kecil pula.
Entah dia sedar aku.
Yang sedang tenggelam dalam lumpur.

Jauhnya.
Adakah mungkin.
Dia terdetik untuk singgah.
Pinjamkan sedikit cahaya.
Supaya aku dapat mendaki keluar?