Alhamdulillah. Baucer RM200 tu aku dah gunakan sebaik mungkin.
Seimbang ilmiah, rohaniah dan 'ketawaniah'(haha! okke, itu diksi aku sendiri. Tiada dalam Kamuih Dewan Dan Pustakaq)
Jadi, inilah antara bukuBuku dan barangBarang yang aku beli :
Benda pertama yang aku terjah dan cari semestinya adalah komik. Aku sempat rembat Lawak Kampus Revive (Maka completelah sedozen koleksi LK aku! jyeahh!) , Faces, Showtime!, Semarak Bebunga Cinta Rokka-Chan (Cite ni seyes best!!) dan Ice-Cream Baby. Semua komik tu aku tak menyesal beli. MasingMasing aku boleh layan.
-----------
Benda kedua aku cari adalah buku hasil karya Zahiril Adzim pelakon drama bersiri Juvana yang tajuknya mampu mengundang kontroversi iaitu Bogel Menuju Tuhan. Aku bawa buku ni untuk bacaan dalam DECTAR, UKM tadi. Boleh ada yang terkejut, 'Eh, kenapa tajuk dia camni nie? Teruknya.' Terpaksalah aku ulas dengan puitisnya. Pergh! haha.
-----------
Kemudian, aku sempat rembat dua novel. Satu hasil karya novelist alam maya yakni Hlovate bertajuk Contengan Jalanan dan juga sebuah novel berbentuk islamik hasil garapan Taufiqurrahman Al-Azizy bertajuk Kidung Selawat Zaki & Zulfa. Aku baca sinopsis novel ni, hebat! Terus aku capai sebab biasanya aku tak gemar pada novel cinta meleleh. Dusta! haha!
-----------
Nah! Ini buku paling aku suka. Baca tajuknya sekilas, terus aku rampas ke dalam raga.
Cara Terindah Untuk Mati. Aku tahu aku perlukan ia untuk pengisian jiwa yang kosong, maka aku beli. :)
-----------
Dan akhir sekali, aku beli bendaBenda untuk mainMain (hehe). Notebook, watercolour Buncho, whiteboard (tade gambar) dan pen warnaWarni. :p
Yeah! Habis RM200. Aku guna semaksima dan sehabis baik baucer tu. KanKanKan? HAHA! XD
*Perghh! 2 jam setengah jugaklah aku nak menghabiskan duaRatus tu!