Aku Jumpa...






Dengan heater di sisi.
Cawan, megi, roti.
Berserabut.
Sama serabutnya jiwa dan hatiku kebelakangan ini.
Jadi, aku ambil keputusan.
Lari dari dunia realiti.
Lari dari manusia dan api.
Sebulan lebih aku jadi manusia gila.
Buat itu tak kena.
Buat ini tak kena.
Facebook ku henti.
Telefon ku mati.
Aku mahu lari.
Sejauh mungkin aku bisa berlari.
Sesaat di penghujung, aku terjumpa--apa yang aku terbuangkan.
Oh! Aku lupa.
Pernah dulu aku bawa dia kemanaMana.
Pernah satu detik dulu aku tidur dengannya.
Pernah juga aku menangis di hadapannya.
Patutlah keluhResah rasa jiwa.
Patutlah aku hilang arah.
Hampir setahun aku tak peduli--letak ia ke tepi.
Ku sentuh, selalu.
Tapi tak pernah ku damping serapat dulu.
Tak pernah ku belai semanja lalu.
Kini aku kembali pada apa aku hilang.
Aku jumpa apa yang aku benarBenar yakin aku tak patut buang.
Kerana dia, jiwa aku kembali Yang Maha Satu.
Terima kasih kekasihku, Al-Mathurat dan kitab cintaMU, Al-Quran.
Kerana mengukuh cinta aku padaNYA.


*Allahuakbar. KadangKadang kita tahu apa kita hilang, tapi kita buta. Kita nampak, tapi tak ada. Bila paksa hati untuk cari ia, baru ia kembali. :)