Lepas Pergi...





Rasa persis semalam.
Aku dekati.
Aku bicara.
Dan aku luah rasa jiwa.

Hari ini.
Jawapan masih sama.
SamarSamar.
Cahaya tidak.
Gelita juga tiada.

Entah apa maknanya.
Seribu satu hari aku mentafsir sendiri.
Kata orang, ikut rasa, binasa.
Tapi kalau tak di ikut hati.
Mahu telah guna apa lagi?

Sejak beberapa ketika yang mendatang.
Aku tahu kamu mahu jadi muslim terindah.
Yang menjulang agama lebih lagi.
Bukan seperti aku yang kian rebah.

Maka.
Detik ini.
Tak berbelah lagi.
Aku lepaskan kamu dari hati.
Aku rungkaikan ikatan jiwa yang aku ikat sendiri.
Aku takkan pernah bebani walau sejengkal jari.
Aku takkan mengejar lagi.
Walau selangkah kaki.

Terima kasih.
Pernah hadir sesaat dua.
Walau kelabu.
Aku masih nampak ia biru.
Masih rasa ia baru.


*Kamu,sikopiyangakupernahberijiwa :)