Dakwah biar kena cara...







Di manaMana orang cerita benda sama.
Kalau minggu ni ahli ulama.
Ahli ulamalah segalanya.
Kalau minggu depannya pula cerita pelajar berjaya.
Itulah di jaja tak sudah.
Penuh notifikasi dengan perkara sama.

Aku pelik dengan norma manusia sekarang.
Terutama orang melayu.
Fikirannya entah apa.
Aku pun tak tahu.

Mahu tegakkan agama, katanya.
Tapi sendiri juga yang menyebar dosa.
Menyebar aib manusia.
Berkongsi gambar mereka.
Dengan 'caption' maki hina.
Tohmahan, fitnah segala.

Memang.
Memang aku tahu ada antara berniat memberi sedar.
Mahu berdakwah yang terdaya.
Aku arif benar dengan niat di dada semua.
Tapi caranya salah.
Dakwah tak menghalalkan segala cara.


Daripada Abdullah Bin Mas`ud ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:
سَّباب المسلم فسوق وقتاله كفر
Memaki hamun muslim perbuatan fasik dan membunuhnya perbuatan kufur”.
(al-Bukhari: Saheh al-Bukhari 9:13)

Nah.
Nabi Allah, Nabi Muhammad SAW sendiri menyebut dengan lidah.
Bahawa lebih teruknya memaki hina.
Bersamaan dengan orangOrang yang fasik.
Berkongsi pengajaran itu perkara mulia.
Tapi bukan dengan cara maki hina.
Bukan dengan cara menyebar fitnah.
Biarlah caranya sesuai dengan syariah.

Nasihat dari jiwa ke jiwa.
Titipkan doa jika benar cinta bangsa, cinta agama.
Lagi mulia, maafkan salahnya.

Kerna siapalah kita untuk meletak hukum pada dia.
Sedang Nabi ampunkan umat.
Bahkan Allah SWT juga Maha Pengampun.

SudahSudah la ya, semua?

Yang eloknya,
Kita jadikan teladan.
Jadikan ikutan.

Yang buruknya,
Kita kutip jadikan pengajaran.
Jadikan sempadan.

Wallahua'lam.



*Aku pun tak baik mana. 
Tapi kurangKurang, aku elak untuk jadi lebih teruk dengan hebah aib manusia lainnya.